Daily Express, July 2019
Sumber Gambar: Muzzamer Rahman

Sumber Gambar: Muzzamer Rahman

Filem pendek Kadazan terima penghargaan tertinggi MIFFest 2019

FILEM pendek Kadazan Ninavau telah mendapat penghargaan tertinggi di Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) 2019, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem arahan dan ditulis oleh pembikin filem tempatan Bebbra Mailin diterbit oleh Nadira Ilana dari Telan Bulan Films dan dihasilkan bersama dengan kru dan pelakon dari Sabah.

“Ninavau antara tujuh filem pendek, dianugerahkan filem pendek oleh Projek Dialog, merupakan NGO memfokuskan dan mempromosikan dialog kesihatan menampilkan suara marginal Malaysia,” menurut kepada kenyataan Nadira, Khamis.

Filem pendek, katanya, ditayangkan di Kuala Lumpur pada Mac tahun ini, di Pesta Filem Kita dan akan membuat tayangan untuk rakyat Sabah di Pesta Filem Antarabangsa Kota Kinabalu, September ini.

Aktres dan personaliti televisyen Jovenea Jim memainkan karakter tajuk sementara pendatang baharu Dianna Gilbert dan Edward Sinsong membawa watak kakak dan bapa.

Nadira berkata filem mengenai Ninavau, seorang wanita Kadazan yang bekerja di Semenanjung dan pulang ke Sabah untuk melawat keluarga Katoliknya namun dengan perubahan hati.

Tiada yang asing bagi pesta filem dan anugerah itu, pengalaman filem pendek Bebbra Eye Love memenangi Filem terbaik di Pesta Filem Kota Kinabalu pada 2011.

Filem pendek keduanya Langad di Odu memenangi Filem Terbaik di Pesta Filem Eko Borneo pada 2012.

Pada 2016, dokumentari Rapuh terpilih untuk Projek Dokumentari Visual di Kyoto Universiti dan mengembara ke Tokyo, Jepun dan Filipina antara negara lain.

Setahun selepas itu,  Linguistik Kedai Makan ditayangkan di Pesta Filem FLY di Busan, Korea Selatan.

Nadira Ilana